Friday 2 March 2012

MATLAMAT PIBG

Ibubapa yang hadir ketika Mesyuarat Agung PIBG SK Seafield
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah 
bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat
(school home community partnership). 
Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan ‘saling melengkapi’ terhadap fungsi 
Kementerian Pelajaran dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah berkenaan.
MATLAMAT PIBG
1. Maksud PIBG ialah :
a) Untuk mengadakan suatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan
murid-murid di sekolah atau institusi pelajaran itu.
b) Untuk membantu dan menambah usaha sekolah atau institusi pelajaran pada 
memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan-kegiatan mereka.
c) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru-guru di sekolah atau institusi pelajaran itu
bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pelajaran pada amnya
d) Untuk memberi peluang kepada guru-guru dan ibu bapa di sekolah atau institusi 
pelajaran itu berunding antara satu dengan lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pelajaran anak-anak mereka pada amnya.
2. Tujuan-tujuan persatuan ialah
a) Untuk menentukan supaya murid-murid di sekolah atau institusi pelajaran itu 
memperolehi faedah maksimum daripada kemudahan-kemudahan pelajaran mereka.
b) Untuk menentukan supaya murid-murid di dalamnya mempunyai sumber-sumber 
yang perlu untuk membuat kerja-kerja sekolah mereka baik di rumah atau di sekolah atau institusi pelajaran itu.
c) Untuk mewujudkan alam sekeliling yang sebaik-baiknya bagi sekolah supaya 
membolehkan murid-murid mencapai perkembangan kerohanian, keakhlakan, otak dan jasmani.

0 comments:

AJK PIBG SK SEAFIELD 2016/2017

Penasihat :
Tn Hj Ismail bin Supandi

Yang DiPertua :
En Khairul Annuar Mat Saman

Naib Yang Dipertua :
Ar Bazlan bin Abdul Rahman

Setiausaha :
Pn Yusliha bt Yaakob

Penolong Setiausaha
Pn Wan Rosmuhaizan bt Wan Abd Rahman

Bendahari :
Pn Marini Rohayu bt Mohd Yurau


AJK Ibu bapa :
En Mohd Tamizi b Maruddin
Kapten Nik Badrul Hisham bin Nik Ab Majid
En Khairuddin bin Yahya
Pn Rahimah bt Junait
En Nor Ridwan bin Musa
Pn Norizan bte Ismail

AJK Guru :
En Muhammad Riduan Abd Aziz
Pn Ashah bt Sulong
Pn Ooi Lean Hong
Pn Zamzura bt Wagiron

Juruaudit :
Pn Prema Thiyagu
En Azmi bin Yahya

Ex-officio
Pn Too Lee Eng
Pn Norzila bt Ishak
En Ahmad Syamsul Arifin bin Sulaiman


Mesyuarat Agung PIBG

pibg pibg pibg pibg pibg PIBG pibg "/> pibg pibg"/> pibgpibgpibgpibgpibgpibgpibgpibgpibgpibg>pibg